Saturday 8 October 2011

bOlA sEpAk...

elik bukan, bila menerima berita seekor haiwan herbivor telah membaham seekor haiwan karnivor. Apa ke jadahnya!!

Lalu kedengaranlah pelbagai suara-suara, teriakan-teriakan, idea-idea bernas, cemuhan-cemuhan, caci-maki, pendapat-pendapat dari segenap lapisan masyarakat bolasepak di Malaysia mahupun yang berada di luar Malaysia apabila pasukan Malaysia tewas 0-5 kepada Australia dalam perlawanan persahabatan di Canberra pada 9 Zulkaedah 1432 bersamaan 7hb Oktober 2011.


Apa yang dikatakan oleh semua masyarakat bolasepak di Facebook, Twitter, forum-forum, kedai kopi, pejabat, Pavillion, Sunway Pyramid, suratkhabar, blog-blog dan di mana-mana sekalipun mengenai mutu bolasepak kita adalah benar belaka. Tetapi apa yang aku kasihankan di sini ialah jurulatih dan para pemain, mereka selalu menerima kritikan dan kutukan dari masyarakat bolasepak Malaysia setiap kali tewas dalam perlawanan baik persahabatan mahupun kejohanan.

Mari kita berfikir sejenak;

Australia berada pada tangga ke-19 dunia dan Malaysia di tangga ke-146 dunia, bila mereka bertemu apakah yang diharapkan sebenarnya oleh masyarakat bolasepak Malaysia? Supaya peristiwa 20 tahun lalu di Jakarta berulang kembali? 20 tahun dulu kita menewaskan Australia 0-1 dan sejak itu Australia tidak memandang ke belakang lagi, FFA(Football Federation Australia) terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Begitu juga sering kedengaran masyarakat bolasepak kita bercakap mengenai dulu Malaysia menewaskan Jepun dan Korea Selatan, tapi sejak dari dulu JFA(Japan Football Association) dan KFA(Korea Football Association) tidak menoleh ke belakang lagi dan terus memajukan dan menaikkan taraf bolasepak mereka dalam kancah bolasepak dunia. Tapi cuba renungkan bolasepak kita? Di mana kita berada? Jadi persoalan di sini apa yang FAM(Football Association of Malaysia) buat dalam menaikkan dan memajukan bolasepak Malaysia? Mengapa 3 pasukan yang kita tewaskan dulu dan dahulunya berada setaraf dengan kita telah memecut laju meninggalkan kita dalam dunia bolasepak? Prestasi dan kemajuan bolasepak sesebuah negara amat memberi kesan kepada prestasi pasukan bolasepak negara tersebut. Liga tempatan amat penting dalam pembangunan bolasepak sesebuah negara dan amat membantu dalam menaikkan prestasi pasukan bolasepak sesebuah negara.

Mengapa pemain kita tidak boleh bersaing dengan pemain dari pasukan seperti Jepun, Australia adalah kerana pemain-pemain mereka sudah berada pada tahap “game pace” yang berlainan dengan kita. Pemain-pemain mereka didedahkan dengan begitu banyak perlawanan berprofil tinggi di peringkat kelab apabila pemain-pemain ini bersaing dalam kejohanan Asian Champions League dan AFC Cup dan ada juga antara pemain-pemain mereka bermain di Eropah dimana “game pace” di sana lebih tinggi dari kita di Asia apatah lagi di ASEAN, jadi apabila bermain untuk negara mereka tidak kekok untuk menghadapi perlawanan yang dikategorikan sebagai “high intensity” kerana pemain telah bersedia dan biasa dengan keadaan begitu. Berbeza dengan pemain kita, hanya didedahkan dengan persaingan peringkat tempatan sahaja, tidak pernah bermain di peringkat Asia, sedangkan besaing dengan kelab-kelab ASEAN pun tidak pernah. Jadi apabila sesekali bertemu pasukan seperti Jepun dan Australia, mereka gugup kerana tidak biasa.

Bagaimana hendak mengatasi masalah di atas? Prestasi liga kita tidak melayakkan pasukan dari Liga-M bertanding di ACL dan kita hanya layak bertanding untuk kejohanan AFC Cup sahaja itu pun pasukan negeri akan tarik diri atas sebab-sebab tertentu. Jadi bagaimana pemain hendak maju jika pengurusan sendiri tidak mempunyai visi dan misi untuk memajukan pasukan itu sendiri. Balik-balik “target” Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA, bila nak main ACL? Bila nak jadi juara AFC Cup? BILA NAK MAJUUUU DEYYHH!! Untuk pengetahuan anda semua pretasi sesebuah liga dinilai oleh AFC Pro-League Committee dari aspek “football competitiveness”, “professionalism”,”marketability” dan “financial status of the league and clubs”. Jadi anda semua fikir adakah liga kita melepasi kriteria-kriteria yang dinyatakan di atas?? Gaji pemain tak bayar, penonton tiada, padang teruk, pengurusan kucar-kacir, permainan tidak kompetitif, jadi haruskah K.Rajagobal dan pemain-pemain disalahkan?? TIDAKKKK…ini semua kerja FAM dan FA Negeri. Pengurusan macam #%^@!!! Sebab tu lah bolasepak kita masih di tahap ini sejak dari dulu walaupun pesaing-pesaing kita telah maju ke hadapan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia yang mana kita kata “dulu kita penah kalahkan diaorang nih” itu semua duluuuuuuuuuuu…!!!

Ramai juga yang bersuara supaya tukar jurulatih, tukar pemain, ambil pemain itu, buang pemain ini. Aku nak anda semua fikir sejak tahun 1984 hingga tahun 2011 selama 27 tahun jurulatih telah bertukar ganti, pemain datang dan pergi, perabot di Wisma FAM telah berapa kali tukar aku tak pasti, padang di FAM telah diganti dan dinaik taraf, lampu di Wisma FAM sudah berkali-kali diganti, kerani juga mungkin sudah bertukar, Setiausaha, Naib Presiden, AJK semuanya sudah bertukar, bas FAM juga berganti, jersi pasukan Malaysia juga berganti, stadium bertukar dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional, tapi bolasepak kita masih lagi tidak maju dan tidak membangun. Jadi apa masalahnya?? Cuba kita teliti apa yang sudah diganti namun masih ada satu perkara lagi yang belum ditukar dan masih berada disitu sejak 27 tahun yang lalu dan tidak membawa apa-apa kebaikkan langsung kepada bolasepak Malaysia.

Jadi dari pemerhatian dan pembacaan aku tentang komen-komen dan idea-idea bagaimana nak memajukan bolasepak Malaysia, begitu ramai yang memberikan idea dan komen yang bernas dan boleh berhasil jika betul caranya, dalam rancangan bual bicara sukan di televisyen ramai panel-panel yang hebat dan berkaliber dan bekas-bekas pemain dipanggil untuk memberikan pendapat bagaimana untuk memajukan bolasepak Malaysia, semua memberikan idea dan komen yang bernas dan mereka semua termasuk semua masyarakat bolasepak di Malaysia memang inginkan bolasepak kita maju dalam kancah bolasepak dunia dan ramai yang ternyata hampa dan kecewa dengan kemunduran bolasepak Malaysia dan selalunya hanya jurulatih dan pemain menjadi sasaran kritikan dan dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan bolasepak kita.

Jadi pada padangan aku, bolasepak kita merosot adalah disebabkan oleh pihak pengurusan yang menguruskan bolasepak Malaysia ini begitu “bijak” dalam menjalankan pentadbiran dan memajukan bolasepak Malaysia. Pendapat aku, segala idea-idea bernas, teriakan, komen-komen bernas, suara-suara yang mahukan bolasepak Malaysia maju tidak akan tercapai selagi pucuk pimpinannya tidak ditukar. Jadi perkara pertama yang perlu dilakukan demi kemajuan bolasepak Malaysia dan sukan yang paling aku cintai ini ialah;
Ini adalah satu-satunya idea yang aku tak pernah dengar keluar dari mulut panel-panel yang hebat dan bekas-bekas pemain serta kolum-kolum disuratkhabar apabila diajukan soalan "Bagaimana hendak memajukan bolasepak Malaysia" ataupun bercerita mengenainya walaupun pada hakikatnya dalam hati mereka, mereka berkata perkara ini amat perlu.

Kita sebenarnya memerlukan pengurusan yang baru dengan visi dan misi yang baru, FAM harus dirombak semula dari jawatan pengawal keselamatan sehinggalah ke jawatan presiden. Setiap orang harus bertanggungjawab atas kemerosotan bolasepak Malaysia dan jangan hanya menyalahkan jurulatih dan para pemain. Kalau disenaraikan tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk memajukan bolasepak Malaysia, aku rasa semua langkah dah buat, ambil jurulatih asing, hantar jurulatih kursus sana-sini, hantar pemain ke Eropah untuk  latihan pendek, infrastruktur telah dinaik taraf, dan bermacam-macam lagi telah dilakukan namun semuanya tidak berhasil dan sebenarnya hanya satu perkara ini sahaja lah yang kita belum cuba lagi.

Berapa lama lagi kita harus tunggu??? Pengurusan tetap begitu, bolasepak tidak maju-maju. Jadi aku rasa tindakan ini perlu, kerana aku yakin selagi kepimpinan FAM tidak berubah selagi itu lah bolasepak kita akan berada pada tahap yang begini. 

Sekadar tulisan dan pendapat.

Thursday 29 September 2011

“Alam yang maha luas ini adalah kitab,syair,lukisan,ukiran dan bangunan yang penuh keindahan dan rahsia.Tak terbatas tentunya ilmu dan kekuasaan Penciptanya.Tiap yang indah itu dicinta,tetapi yang mutlak indah hanyalah satu..Bahagialah orang yang telah sempurna cintanya kepada DIA.Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub batin antara dirinya dengan DIA...”

takkan surut walau selangkah
takkan henti walau sejenak
cita kami hidup mulia
atau syahid mendapat syurga